SALAM....
InsyaAllah..saya akan teruskan lagi sambungan cerita dari episod yang lepas.saya akan menceritakan tentang perasaan saya bila mula membuat blog...masalah yang saya hadapi ialah kesukaran untu memilih template yang sesuai bagi sesuatu blog yang ingin saya bina. inilah masalah saya. saya akan mengambil masa yang lama untuk mencari dan memilih template yang paling sesuai.
sekarang, saya berada di peringkat seterusnya sebelum hampir kepada siap membuat blog. saya sedang memilih maklumat-maklumat yang saya perolehi dalam laman web tertentu untuk dimuatkan dalam blog sebagai latihan ilmiah. di peringkat ini pun saya menghadapi masalah yang memang agak sukar. saya perlu meneliti, memilih maklumat-maklumat saya perolehi. sama ada ia mencapai tahap yang dikehendaki melalui pemikiran kritikal.saya memang menghadapi masalah pada peringkat ini. sebab terlalu banyak maklumat perlu di pilih dan menentukan kesahihannya.
tapi, insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh penyelia saya. setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini. ada masa lagi saya akan sambung.....
wassalam.....
No comments:
Post a Comment