Saturday, September 6, 2008

BERMULA SEBUAH PERJALANAN...

ASSALAMUALAIKUM BUAT SEMUA PARA PEMBACA LAMAN BLOG INI..

Di sini saya akan menceritakan pengalaman saya sepanjang membina blog dari awal hingga ke noktah yang terakhir.
Sebagai permulaan, saya mempunyai perasaan yang bercampur baur. Ada perasaan bimbang, takut, sedih, jealous, gementar dan pelbagai lagi jenis perasaan yang sukar digambarkan. Perasaan tersebut terhasil disebabkan saya tidak ada pengalaman dalam pembinaan blog seperti yang diminta oleh penyelia saya.

Tapi, disebabkan sokongan dan bantuan dari rakan-rakan serta semangat ingin tahu dapat mendorong saya untuk menyiapkan blog walaupun merangkak-rangkak. Boleh dikatakan merangkak macam kura-kura. Dalam setiap pengalaman yang dialami oleh seseorang mesti ada pahit dan manisnya. Begitulah juga dengan saya.Banyak pengalaman yang pahit dan manis telah dialami. Tapi setelah ditimbang dan dikira, lebih banyak pengalaman manis yang saya perolehi.

Pertama, melalui pembinaan laman blog ia sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk lebih berani dalam explore internet. Jadi, perasaan takut untuk bina blog tu dah kurangla...kadang-kadang saya jealous tengok blog rakan-rakan lain yang memang cantik, kreatif dan tersusun.So, saya iktibar dari rakan-rakan untuk tidak cepat berputus.

Banyak lagi pengalaman manis dan kelebihan dalam proses membina blog sendiri. contohnya, saya boleh mendidik diri sendiri untuk jadi lebih kreatif, dan berfikir secara kritikal. Terutamanya dalam mencari maklumat untuk dimasukkan dalam laman blog.

saya rasa, setakat ini sahaja cerita saya untuk kali ini. InsyaAllah...saya akan sambung lagi untuk meceritakan pengalaman-pengalaman saya dalam proses pembinaan blog dan pencarian maklumat.wassalam........

No comments:

Dengar Quran Online

BICARA MUTIARA

 Ukhuwah itu               
 tidak terletak pada pertemuan ....
 Bukan pada manisnya ucapan di bibir... 
 Tetapi pada ingatan seseorang 
 terhadap saudaranya didalam 
 doanya....

 Ilmu yang hakiki itu ialah yang 
 memberi keyakinan bahawa maksiat 
 itu racun yang membunuh dan bahawa 
 akhirat itu lebih utama daripada 
 kehidupan dunia.   

 Ketahuilah kiranya kebahagiaan 
 orang yang dikuasai oleh kemalasan, 
 maka beratlah mereka untuk berjuang, 
 berlatih dan bekerja untuk sucikan 
 diri dan akhlak.

 Barangsiapa yang menghabiskan waktu 
 berjam - jam lamanya untuk mengumpulkan
 harta kerana takutkan miskin, 
 maka dialah sebenarnya orang 
 yang miskin.

    aisyahanis23








GALERI PERSATUAN AGAMA