Wednesday, November 26, 2008

SALAM PERJUANGAN...


HARAPAN....

Semoga dengan laman web blog yang telah dihasilkan dapat memberi manfaat kepada semua umat Islam khasnya....

saya mengucapkan jutaan terima kasih atas bimbingan penyelia saya dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam proses pembinaan laman web blog.

saya berharap agar usaha untuk membina laman web blog yang dapat memberi manfaat tidak terhenti di sini...saya akan terus mengemaskini laman web blog yang telah dibina. di samping itu juga akan cuba membina laman-laman web blog lain yang berguna kepada kita semua.

akhir kalam...ISLAM IS THE WAY OF LIFE!!!!!!

Thursday, November 20, 2008

LANGKAH TERAKHIR...

LANGKAH KU YANG TERAKHIR....

kini, saya hampir berada di garisan penamat dalam proses pembinaan web blog ni.. saya telah membina sebanyak 5 blog dan akan dibentangkan pada (21/11//08)huuuhh....nervous sgt..sbb takot blog yang dibina tidak memenhi kriteria yang dikehendaki...

apapun keputusannya...saya tidak akan dapat lupakan detik-detik pahit, manis, masam dan sebagainya...sepnjg saya membina kelima-lima blog 2....wlupun perit..namum ttp ada jugak manisnya....sbnrnya, rasa hepi sgt sebab dari x tau apa pun ttg blog kepada menjadi yang lebih positif....insyaAllah..usaha untk membina blog tidak akn terhenti di sini..saya akn meneruskan perjuangan untk membina blog2 yg berguna kepada umat di dunia ini....

di samping buat blog ni...ada jugak laporan bertulis yang kena buat...ni jugak salah 1 sbb kenapa kita blh tensen...huhuhuhuhu....tapi,apa pon kena kuatkan semangat...x bleh putus asa...

so, rasanya sampai di sini sahaja hasil penulisan saya pada kali ini. insyaAllah...pembabitan saya dalam dunia pembinaan blog ini tidak akan hilang begitu shj...kecuali,setelah saya telah tiada di dunia ini....

saya berharap agar laman web yang terhasil ini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua...akhir kalamm..apa yang baik datang dari Allah dan jadikan sebagai pedoman...
wasslam.......

Wednesday, November 19, 2008

HASIL BLOG..

WAJAH-WAJAH BLOG KESAYANGANKU....

LAMAN UTAMA


LAMAN ANALISIS


LAMAN PERSONAL


LAMAN REFLEKSI


LAMAN P&P


INILAH DIA WAJAH-WAJAH BLOG YANG TELAH DIBINA....segala penat lelah dalam membina blog ini memang berbaloi...coz, dulu sya memang xtau lngsg mcm mn nak buat blog dan agak takot sket klu nak explore internet jauh2...tapi kini tidak lagi...huhuhuhu

CONCLUSION

lembaran hidup 4..

artikel/panduan




strategi metakognitif (belajar macam mana cara mencari maklumat dengan betul dan berkesan)


Tuesday, November 18, 2008

CONCLUSION

Panduan 3: Proses Kajian - Mencari, Memilih, Menilai


Sehingga tahap ini anda telahpun mempunyai tajuk dan mempunyai blog. Untuk kajian ini anda akan mempunyai sekurang-kurangnya 3 blog yang berasingan.

  1. Blog peribadi/personal (optional)
  2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatakan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
  3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
  4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)

Jangan terlalu menekankan soal estetika atau kosmetik blog pada ketika ini kerana tugas yang penting dan kritikal pada saat ini ialah seperti berikut

  1. Tugas anda pada ketika ini untuk membaca, mengetahui, memahami dan mengaplikasikan pengetahuan tentang pemikiran kritikal melalui artikel yang telah diupload.
  2. Mencari, memilih dan menilai laman-laman web berdasarkan kriteria standard pemikiran.
  3. Cari sekurang-kurangnya 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk anda sama ada dalam bahasa Melayu, indonesia dan english.
  4. Anda perlu menganalisis dan menilai kandungan laman-laman web berkenaan berdasarkan standard pemikiran. Buat table/jadual untuk memudahkan anda membuat statistik deskriptif dari segi peratus laman web yang ada telah cari, pilih dan nilai yang memenuhi kriteria.
  5. Anda juga perlu membuat ulasan ringkas kandungan berdasarkan kriteria penilaian berasaskan standard pemikiran.
  6. Semasa proses ini dijalankan anda boleh create satu blog yang khusus dengan menyenaraikan laman-laman web berkenaan serta ulasan. Kerana anda akan membuat pautan kepada blog berkenaan dari blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda. (ini yang dikatakan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dfan pembelajaran tajuk anda)
  7. Semasa anda menganalisis kandungan laman-laman web yang dikemukakan oleh penulis lain, anda juga perlu mengambil iktibar dari kelemahan-kelemahan laman-laman web berkenaan supaya semasa anda membangunkan blog tentang tajuk anda ia tidak diulangi. Ia juga menjadi catatan dalam blog latihan ilmiah sebagai refleksi.

Proses ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh hari ini. Saya harap semasa perjumpaan minggu depan anda telah telah melalui proses ini dan jika ada masalah kami (Dr Saemah dan saya) akan jelaskan pada perjumpaan khamis depan 11 sept 08.


Panduan 4: strategi metakognitif


Sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda menggunakan strategi metakognitif - sila pelajari kandungan laman web Metaku:

www.cahtma.com/metaku/index64.html

anda perlu mendaftar sebagai pengguna. seterusnya lakukan analisis kendiri. Jawab dengan tepat dan kemukakan keputusan kepada kami.

Saya beri tempoh untuk anda mempelajari maklumat tersebut dan dijadikan pengetahuan yang perlu diaplikasikan dalam kajian ini dalam tempoh seminggu dari sekarang (16 sept 08)

Saya juga menghantar kepada email sdr/i dan saudari borang penilaian penggunaan laman web Metaku sebelum 16 sept.


CONCLUSION

Panduan 2: Proses kajian

1. Kajian anda adalah berkaitan dengan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk yang berkaitan dengan bidang masing-masing

2. blog digunakan untuk anda memaparkan sumber-sumber maklumat yang telah anda cari, pilih, nilai dan akan gunakan dalam tajuk-tajuk yang anda.

3. Blog juga digunakan sebagai medan untuk anda menggunakan sebagai sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran tajuk berkenaan.

4. Untuk itu dalam proses pembangunan blog ini, ia perlu melalui langkah-langkah berikut

1. Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog anda, objektif pembelajaran)

2. Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka (blog boleh dipelbagaikan user interface - contoh blog yang Fadil sesduai untuk dijadikan interface - tetapi saya tak mahu sama. Anda boleh create beberapa blog dan membuat pautan antara blog, yang penting isi kandungan blog dipaparkan sesuai dengan tajuk kajian anda. Anda perlu buat blog tentang proses anda melaksanakan kajian - refleksi metakognitif anda melakukan kajian - termasuk nanti semasa anda mencari maklumat. Dalam hal ini ada perlu mempelajari kemahiran membuat blog.

3. Menyebarkan blog anda pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Sila letakkan dalam menu links alamat blog masing-masing agar saya dan dr saemah dapat memantau kemajuan anda. Anda juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajarna dalam blog anda. Dalam hal ini, anda boleh mendapatkan anak-anak kakitangan ukm. Kita boleh buat special day - jika perlu. Dalam bulan puasa ini anda boleh arrange anak-anak yatim darul izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan contohnya untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog anda. Saya harap pelajar dapat arrange pertemuan ini. Boleh buat hari Ahad. Kalau program ke kemboja anda boleh arrange, inikan pula program berskala kecil ini. Anda boleh gunakan kedua-dua makmal. Seorang pelajar boleh membawa 4-5 murid untuk guna komputer. Anda boleh aturkan proses pengujian dan penilaian ini. Dengan itu, disamping anda memantapkan kajian anda, murid sekolah juga dapat memanfaatkan kajian anda, anda juga boleh buat program tambahan - iaitu mengajar murid membina blog sendiri.

4. Setelah mendapat maklum balas dari pelajar, anda boleh memperbaiki blog anda.

5. Dalam proses menyiapkan menyiapkan blog kajian, anda perlu menyiapkan laporan dan uploadkan dalam folder masing-masing dalam group ini. agar kami dapat memantau kajian anda.

6. Sila ikut arahan kami dari masa ke semasa.

7. Sekarang anda perlu melipat gandakan usaha.

8. Saya dapati tidak ramai yang aktif dalam group ini.

CONCLUSION

SECARA KESELURUHANNYA......

berikut adalah rentetan cerita proses pembinaan blog saya..dari awal sehinggalah ke titisan peluh terakhir...huhuhu

lembaran hidup 1

menerima arahan dari penyelia untuk mendaftar dan bergerak aktif dalam yahoo group yang merupakan medan perjumpaan maya bagi setiap ahli latihan ilmiah di bawah seliaan Dr. Siti Fatimah Yassin dan dr. saemah..alamat medan perjumpaan maya(http://groups.yahoo.com/group/ilmiah2008/).

lembaran hidup 2

menerima arahan untuk membina blog percubaan...kemudian,arahan-arahan lain seperti aktifkan diri dalam yahoo group, buat folder dan link, post gambar sendiri, buat perbincangan tentang blog dengan rakan-rakan ilmiah yang lain.

lembaran hidup 3

upload dan pelajari artikel/panduan yang diberi oleh penyelia sepanjang proses pembinaan blog.

Panduan 1: Perancangan dan Pelaksanaan Kajian
Panduan Perancangan dan Pelaksanaan Kajian:

1. Penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru. Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi ledakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai laman web telah menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Justeru, guru novis perlu mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

3. Dengan itu, satu mekanisma untuk penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman web perlu diwujudkan. Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran bermakna dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dilaksanakan.

4. Untuk kajian ini, anda perlu mengaplikasikan ilmu-ilmu ikhtisas yang telah dipelajari seperti

a. Komputer dalam Pendidikan (yang terkini anda perlu ada blog sendiri);
b. psikologi pendidikan;
c. teknologi pendidikan;
d. pengalaman semasa menjalani latihan mengajar; kaedah pendidikan islam /
alquran;
e. pengukuran penilaian;
f. kemahiran berfikir dalam pendidikan (ilmu tambahan – standard pemikiran –dan anda perlu baca dan faham dan bincang dalam yahoogroup tentang Intelectual standard. Dr saemah akan memantau tahap kefahaman anda tentang Intelektual standard ini );

Tajuk:

PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( PILIH SATU TAJUK YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN ALQURAN)

Sunday, November 2, 2008

SAMBUNG CERITA...........


salam...........

nak sambung cerita tentang pengalaman buat blog......tapi kali ni cerita dia tidaklah menyeksakan sangat.....


setelah beberapa bulan berlatih untuk buat blog dengan bantuan rakan-rakan.....pengalaman ni jadi makin best....banyak benda yang telah dipelajari sepanjang blog.

memang ada masalah yang dihadapi ketika sambung balik buat blog ni..tapi,tidaklah menyeksakan macam mula2 buat blog dulu yang langsung tidak tau apa-apa......


alhamdulillah....sekarang bolehla buat blog tidak seperti kura-kura bergerak..huhuuhhu..... masalah yang paling kerap dialami ada satu jer......MASALAH INTERNET...masalah ni memang tak boleh nak elak....bila masalah internet tak dapat ni melanda....kerja untuk menyiapkan blog akan t'tangguh....

secara keseluruhannya...sekarang saya telah membina blog 5 blog..tetapi yang paling utama adalah blog p&p...yang sekarang masih lagi dalam proses penyiapan.....


pada pendapat saya...rakan-rakan lain yang tidak berada di bawah seliaan dr.hajah siti fatimah dan dr.saemah patut belajar jugak untuk buat blog....bukan nak menunjuk..tapi demi kebaikan kita bersama sebagai tenaga pendidik masa akan datang.....especially,ustaz dan ustazah ni...hehehe...


ok...saya rasa setakat ni sahaja cerita untuk kali ni yang patut saya kongsi....di akhir/penamat garisan dalam membuat blog ni..saya akan buat kesimpulan secara menyeluruh bermula daripada permulaan iaitu terima arahan dari penyelia sampaila ke hujung garisan....

akan bersambung.....

Dengar Quran Online

BICARA MUTIARA

 Ukhuwah itu               
 tidak terletak pada pertemuan ....
 Bukan pada manisnya ucapan di bibir... 
 Tetapi pada ingatan seseorang 
 terhadap saudaranya didalam 
 doanya....

 Ilmu yang hakiki itu ialah yang 
 memberi keyakinan bahawa maksiat 
 itu racun yang membunuh dan bahawa 
 akhirat itu lebih utama daripada 
 kehidupan dunia.   

 Ketahuilah kiranya kebahagiaan 
 orang yang dikuasai oleh kemalasan, 
 maka beratlah mereka untuk berjuang, 
 berlatih dan bekerja untuk sucikan 
 diri dan akhlak.

 Barangsiapa yang menghabiskan waktu 
 berjam - jam lamanya untuk mengumpulkan
 harta kerana takutkan miskin, 
 maka dialah sebenarnya orang 
 yang miskin.

    aisyahanis23








GALERI PERSATUAN AGAMA