Tuesday, November 18, 2008

CONCLUSION

SECARA KESELURUHANNYA......

berikut adalah rentetan cerita proses pembinaan blog saya..dari awal sehinggalah ke titisan peluh terakhir...huhuhu

lembaran hidup 1

menerima arahan dari penyelia untuk mendaftar dan bergerak aktif dalam yahoo group yang merupakan medan perjumpaan maya bagi setiap ahli latihan ilmiah di bawah seliaan Dr. Siti Fatimah Yassin dan dr. saemah..alamat medan perjumpaan maya(http://groups.yahoo.com/group/ilmiah2008/).

lembaran hidup 2

menerima arahan untuk membina blog percubaan...kemudian,arahan-arahan lain seperti aktifkan diri dalam yahoo group, buat folder dan link, post gambar sendiri, buat perbincangan tentang blog dengan rakan-rakan ilmiah yang lain.

lembaran hidup 3

upload dan pelajari artikel/panduan yang diberi oleh penyelia sepanjang proses pembinaan blog.

Panduan 1: Perancangan dan Pelaksanaan Kajian
Panduan Perancangan dan Pelaksanaan Kajian:

1. Penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru. Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi ledakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai laman web telah menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Justeru, guru novis perlu mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

3. Dengan itu, satu mekanisma untuk penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman web perlu diwujudkan. Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran bermakna dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dilaksanakan.

4. Untuk kajian ini, anda perlu mengaplikasikan ilmu-ilmu ikhtisas yang telah dipelajari seperti

a. Komputer dalam Pendidikan (yang terkini anda perlu ada blog sendiri);
b. psikologi pendidikan;
c. teknologi pendidikan;
d. pengalaman semasa menjalani latihan mengajar; kaedah pendidikan islam /
alquran;
e. pengukuran penilaian;
f. kemahiran berfikir dalam pendidikan (ilmu tambahan – standard pemikiran –dan anda perlu baca dan faham dan bincang dalam yahoogroup tentang Intelectual standard. Dr saemah akan memantau tahap kefahaman anda tentang Intelektual standard ini );

Tajuk:

PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( PILIH SATU TAJUK YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN ALQURAN)

No comments:

Dengar Quran Online

BICARA MUTIARA

 Ukhuwah itu               
 tidak terletak pada pertemuan ....
 Bukan pada manisnya ucapan di bibir... 
 Tetapi pada ingatan seseorang 
 terhadap saudaranya didalam 
 doanya....

 Ilmu yang hakiki itu ialah yang 
 memberi keyakinan bahawa maksiat 
 itu racun yang membunuh dan bahawa 
 akhirat itu lebih utama daripada 
 kehidupan dunia.   

 Ketahuilah kiranya kebahagiaan 
 orang yang dikuasai oleh kemalasan, 
 maka beratlah mereka untuk berjuang, 
 berlatih dan bekerja untuk sucikan 
 diri dan akhlak.

 Barangsiapa yang menghabiskan waktu 
 berjam - jam lamanya untuk mengumpulkan
 harta kerana takutkan miskin, 
 maka dialah sebenarnya orang 
 yang miskin.

    aisyahanis23








GALERI PERSATUAN AGAMA