Sunday, August 21, 2011

GANJARAN UNTUK UMAT ISLAM



Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)

 
Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari)

 
Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim)

 
"Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).

 
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)

 
Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanlah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)

 
Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas.


2 comments:

ikmal dragon said...

sesungguhnya Allah itu maha berkuasa dan maha penyanyang.Lihat bagaimana baiknya Allah itu memberi kita peluang untuk berdoa kepada Dia untuk memeohon apa2 yang diingini pada malam lailatul qadam

Hamba yang hina said...

Lilatul qadam??

Dengar Quran Online

BICARA MUTIARA

 Ukhuwah itu               
 tidak terletak pada pertemuan ....
 Bukan pada manisnya ucapan di bibir... 
 Tetapi pada ingatan seseorang 
 terhadap saudaranya didalam 
 doanya....

 Ilmu yang hakiki itu ialah yang 
 memberi keyakinan bahawa maksiat 
 itu racun yang membunuh dan bahawa 
 akhirat itu lebih utama daripada 
 kehidupan dunia.   

 Ketahuilah kiranya kebahagiaan 
 orang yang dikuasai oleh kemalasan, 
 maka beratlah mereka untuk berjuang, 
 berlatih dan bekerja untuk sucikan 
 diri dan akhlak.

 Barangsiapa yang menghabiskan waktu 
 berjam - jam lamanya untuk mengumpulkan
 harta kerana takutkan miskin, 
 maka dialah sebenarnya orang 
 yang miskin.

    aisyahanis23








GALERI PERSATUAN AGAMA